INTEGRASI KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
E-Folio Penghayatan Etika dan Peradaban
PENDAHULUAN
INTEGRASI KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
SOSIOLOGI SUKAN DAN INTEGRASI KAUM ATAU KONSEP INTEGRASI KAUM, iaitu menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan ekonomi menjadi satu pasukan pada pelbagai peringkat penyertaan seperti sekolah, daerah, negeri dan negara. Bekerjasama dan melupakan segala perbezaan demi merealisasikan hasrat dan matlamat bersama iaitu kejayaan untuk pasukan. Hal ini Mewujudkan hubungan yang harmoni, persefahaman, kesepaduan dan tolak ansur yang baik dalam pasukan. Perhubungan berterusan di luar waktu sukan dan mempengaruhi masyarakat umum. Sukan yang diwakili pelbagai kaum juga mengundang kehadiran lebih ramai penyokong tanpa mengira bangsa yang akan bersatu menyokong satu pasukan yang sama.
APA ITU INTEGRASI?
♥ Menurut kamus dewan integrasi ialah Penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan.
APA ITU KAUM?
♥ Kaum atau ras ialah sekelompok manusia berdasarkan kualiti fizikal atau sosial yang dikongsi ke dalam kategori yang umumnya dilihat berbeza oleh masyarakat. Istilah ini pertama kali digunakan untuk merujuk kepada penutur bahasa umum dan kemudian untuk menunjukkan hubungan nasional.
APA ITU KESUKANAN?
♥ Sukan adalah aktiviti yang boleh membantu individu untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Selain itu, sukan juga boleh membantu individu untuk memperbaiki kemahiran sosial seperti kerjasama, kepercayaan diri dan disiplin.
1) MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KEPELBAGAIAN BUDAYA
Sukan membawa bersama – sama pelbagai kaum. Dalam sukan , kita dapat melihat bagaimana setiap budaya mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan aktiviti sukan. Ini membantu kita untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Dengan memahami budaya yang berbeza, kita dapat memperkukuhkan perpaduan dalam Masyarakat.
2) MEMBINA HUBUNGAN YANG LEBIH BAIK ANTARA INDIVIDU DAN KOMUNITI
Sukan juga membantu untuk membina hubungan yang lebih baik antara individu dan komuniti. Dalam sukan, kita belajar untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Ini membantu kita untuk memahami kepentingan kerjasama dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Selain itu, sukan juga membantu untuk memupuk semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam masyarakat.
3) MENINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
Sukan juga mempunyai kelebihan dalam meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Dalam sukan , kita melakukan aktiviti fizikal yang membantu untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatan badan. Selain itu , sukan juga membantu untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang dialami oleh individu. Ini membantu untuk meningkatkan kesihatan mental dan membantu individu untuk menghadapi cabaran hidup dengan lebih baik.
4) MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM SUKAN KOMUNITI YANG DAPAT MENYATUPADUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM.
- Contohnya sukan bola keranjang di Malaysia didominasi oleh kaum cina. Oleh itu, program pengenalan permainan bola keranjang boleh dilaksanakan kepada pelajar bangsa lain di sekolah-sekolah kebangsaan.
2. Menguruskan sesuatu pertandingan dengan penglibatan pelbagai kaum
- Contohnya, menganjurkan pertandingan sukan dengan meletakkan syarat, iaitu dimana setiap pasukan mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 kaum yang berbeza.
3. Memperkenalkan sukan tradisional setiap kaum kepada kaum-kaum lain.
- Contohnya, sukan silat merupakan budaya orang melayu. Oleh itu, sukan silat ini boleh diperkenalkan dan diperluaskan lagi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
4. Membentuk ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum
- Memastikan jawatankuasa yang diwujud atau dibentuk adalah terdiri daripada pelbagai kaum seperti India, Cina, Iban dan lain-lain lagi.
5. Pemilihan pemain daripada pelbagai kaum
- Memastikan tiada sifat pilih kasih sesama bangsa semasa proses pemilihan pemain dijalankan. Proses pemilihan mestilah berdasarkan bakat atlet itu sendiri tanpa mengira kaum atau bangsa.
6. Mengadakan lawatan ke pertubuhan sukan pelbagai kaum
- Menganjurkan lawatan ke pertubuhan sukan yang sinonim dengan sesuatu bangsa. Contohnya, menganjurkan lawatan ke pertubuhan kabadi. Sukan kabadi merupakan sukan tradisional orang India.
7. Mencungkil bakat TID (Talent Identification) pelbagai kaum
- Contohnya, untuk mencari bakat pemain bola sepak, pihak berwajib digalakkan juga pergi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini dapat memastikan bakat terpendam kanak-kanak dapat diketengahkan tanpa mengira bangsa.
8. Memperbanyakkan kemudahan sukan tersebut untuk menarik minat penglibatan seluruh masyarakat.
9. Bekerjasama dengan persatuan sukan berkenaan bagi perkembangannya kepada semua kaum.
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBANTU MEMBINA MASYARAKAT YANG LEBIH HARMONI DAN BERSATU ?
1. Sukan membawa masyarakat bersama-sama
Sukan boleh membawa masyarakat bersama-sama kerana ia mempunyai daya tarikan yang besar. Sukan boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan. Oleh itu, apabila seseorang menyertai sukan, mereka akan dapat bertemu dengan orang-orang yang mempunyai minat yang sama. Ini akan membantu membina hubungan yang lebih rapat antara ahli-ahli masyarakat.
2. Sukan mengajar nilai-nilai positif
Sukan juga boleh mengajar nilai-nilai positif seperti kerjasama, disiplin dan kecekapan. Mereka akan belajar untuk bekerjasama dengan rakan sebaya walaupun berbilang kaum. Ini akan membantu membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
3. Sukan mengurangkan perbezaan
Sukan mengurangkan perbezaan antara ahli-ahli masyarakat. Contohnya, dalam sukan yang dimainkan mereka akan melupakan perbezaan seperti bangsa, agama dan latar belakang sosial. Mereka akan fokus pada tujuan yang sama iaitu untuk mencapai kejayaan dalam sukan. Ini akan membantu membina masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu.
CONTOH SUKAN-SUKAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Setiap negara dan budaya memiliki konteks dan cabaran tersendiri dalam mencapai integrasi kaum dalam sukan. Berikut merupakan contoh sukan yang dapat menggalakkan integrasi antara kaum.
· Akuatik
· Angkat Berat
· Badminton
· Besbol
· Berenang
· Lumba Basikal
· Bina Badan
· Bola Jaring
· Bola Keranjang
· Bola Tampar
· Bola Sepak
· Boling Padang
· Catur
· Gimnastik
· Golf
· Gusti
· Hoki
· Judo
· Kabadi
· Karate
· Kayak
· Kriket
· Lawan Pedang
· Memanah
· Menembak
· Olahraga
· Perahu Layar
· Petanque
· Ping Pong
· Ragbi
· Sepak Takraw
· Silat
· Skuasy
· Sofbol
· Taekwando
· Tenis
KESIMPULAN
Sukan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dalam sukan, kita dapat memahami kepelbagaian budaya, membina hubungan yang lebih baik antara individu dan komuniti serta meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Selain itu, sukan juga merupakan satu alat perpaduan yang berpotensi untuk membina masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu. Sukan membawa masyarakat bersama-sama tanpa mengira perbezaan kaum dan bangsa, mengajar nilai-nilai positif, mengurangkan perbezaan dan membina keyakinan diri. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah terus menyokong sukan dan mempromosikan sukan sebagai satu aktiviti yang penting dalam membina masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu.
Video Sukan Memupuk Semangat Perpaduan Antara Pelbagai Kaum
Sumber Rujukan : https://youtu.be/A411sEnLTDc?si=72o-DQY5Io4MuOy2
RUJUKAN :
1) https://www.scribd.com/document/473016407/1-3-SUKAN-DAN-INTEGRASI-KAUM
2) https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=integrasi
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum
4) https://mycerdika.com/sukan-sebagai-alat-perpaduan/
5) https://www.slideshare.net/slideshow/sukan-dan-integrasi-kaum-15674321/15674321
6) https://anyflip.com/sjwlw/mcdw/basic
Comments
Post a Comment